Isnin, 29 Mac 2010

Semua orang ada kampung, didesa atau di pekan, ada yang dilahir di kampung dan ada dilahir di pekan. Desa aku sangat indah, kawasan penanaman padi dan rumah dikelilingi sawah padi dan mandi serta membasuh di tali air itu cerita pada 30 tahun dululah, sekrang masih ada jua tapi lebih mudah dengan bekalan air disediakan. Itulah Kampung aku Kampung Sungai Buaya Teluk Intan Perak.
Masih aku ingat tatkala aku berpindah pada 1976 dari Kedah, Keluarga berpindah dan meneroka tanah dikawasan tersebut. Hutan dan pepohonan yang besar. Umur masa itu 6 tahun bapa meninggalkan aku di dangau (pondok Kecil) bersama pancing serta umpan. Ibu dan bapa ke hutan menebang pokok kayu. tinggallah aku bersama kakak. Pernah beberapa kali ular sawa naik ke Dangau, syukur bapa tersedar dan dan menangkap ular yang besar itu.

Pengalaman menyuluh ikan diwaktu malam bersama bapa dengan menggunakan Pelita Picit dan Parang bagi menetak ikan yang kelihatan, memang ikannya besar- besar dan siang hari Ibu, Kakak dan aku akan menyauk anak-anak ikan pula sedap..
Amat manis kenangan itu..
Apabila dibanku sekolah rendah ayah menghantar aku dan kakak ke Sekolah naik Moto Honda 70 top masa tu. jarak lebih kurang 8 KM. Sekolah Kebangsaan Seberang Perak. Apabila kakak pandai naik basikal ayah membeli basikal dan kakak membonceng aku..Sian kakak..Bila aku dah pandai kenalah aku bawa pulak. Jalan tanah ke sekolah kalau Hujan turun memang Tuanglah ke Sekolah.
Begitulah Rutin di kampung ketika itu, Selut dan Lumpur, aktiviti menangkap Udang Galah dan ikan serta burung hutan adalah permainan. Nilai-nilai kemasyarkatan amat tinggi, ziarah menziarahi dan gotong royong selalu diadakan terutama apabila musim menuai, aktiviti menumbuk Emping amat suka aku.